Apa Itu Tasawwuf? (Martin Lings)

Apa Itu Tasawwuf? (Martin Lings)

Regular price RM55.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.
Apa itu Tasawuf?—sebagaimana terzahir pada judul dan ukurannya—sebuah buku berupa pengantar. Namun ramai pembaca yang berhajat kepada sebuah buku kecil yang memberi tinjauan serba ringkas yang mudah difahami perihal ajaran ruhani Islam barangkali akan segera menyedari, sebaik membaca baru beberapa halaman daripada bab pertamanya, bahawa mereka sudah terpedaya dengan rupa zahirnya.

Kerana buku ini tidak sesuai sebagai bacaan ringan bagi melayani hobi membaca sambil bersantai di kedai kopi. Sebaliknya, pengarangnya menuntut daripada pembaca sesuatu yang tiada kurang daripada “perhatian yang mendalam serta bersungguh-sungguh kepada benda bersifat ruhani.”

Bahkan kesungguhan pengarang sendiri jelas kelihatan daripada ayat pembukaan bab pertama lagi yang tanpa bertangguh-tangguh menarik pembaca untuk terus terjun menyelam ke dasar persoalan ini tanpa memperkenal barang sedikit pun latar sejarah atau keagamaannya. Dengan lain kata, Apa itu Tasawuf? mengundang pembaca tetapi pada waktu sama menidakkan ramai pembaca.
---
MARTIN LINGS (24 Januari 1909 – 12 Mei 2005), juga dikenali sebagai Abu Bakar Sirajuddin (atau Abu Bakr Ad-Din), ialah seorang penulis dan sarjana Inggeris, murid Frithjof Schuon dan seorang pengkaji Shakespeare. Beliau terkenal sebagi penulis sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang popular, Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources ("Muhammad, Kehidupan Baginda Berlandaskan Sumber-sumber Terawal"), yang mula-mula diterbitkan dalam tahun 1983 dan masih dalam penerbitan kini.

Martin Lings terpanggil untuk menulis buku ini kerana wilayah Barat pada waktu itu sedang menyaksikan kemunculan minat yang besar kepada benda bersifat ruhani daripada tradisi agama Timur akibat bertegang hidup dalam kehampaan kalbu. Namun, benda yang nista jikalau dia menyentuh benda yang kudus tanpa dia sedari tetap jua mahu menjangkitkan kotorannya hingga mencemarkan kemuliaannya. Demikianlah yang terjadi pada waktu itu hingga timbul apa yang layak digelar sebagai gerakan keruhanian palsu. Maka Martin Lings, sebagai seorang yang ahli dalam jalan ruhani Islam, tampil mengambil tanggungjawab untuk menjernihkan keraguan dan kecurigaan yang timbul terhadap tasawuf.

Share this Product